kerobohan | keadaan atau hal roboh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerobohan | perihal atau keadaan roboh, keruntuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruntuhan | 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruntuhan | 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keruntuhan | 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. | Kamus Pelajar |
roboh | 1 jatuh atau rebah kerana dipukul ribut dll; musnah; runtuh; tumbang: Rumah-rumah di tepi laut itu telah habis ~ dipukul ribut. 2 ki jatuh (dlm berbagai-bagai erti spt bankrap, kalah); luntur (bkn iman atau pendirian). merobohkan 1 meruntuhkan (rumah dll). 2 menumbangkan (pokok dll). robohan sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. kerobohan keadaan atau hal roboh. perobohan perbuatan atau hal merobohkan: ~ rumah-rumah setinggan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roboh | 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, kekuasaan, dll); 4. membinasakan, melunturkan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, keruntuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan merobohkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runtuh | 1 jatuh kerana rosak dll; roboh (bkn bangunan dll): Banyak rumah yg ~ akibat angin puting beliung. 2 jatuh ke bawah; gugur (bkn buah-buahan); melungsur (bkn tanah): Kerana hujan lebat, tanah di lereng bukit itu ~. 3 ki rosak atau hancur sama sekali (bkn cita-cita, harapan dll): Kerajaan empayar Jerman yg ketiga telah ~ dlm tahun 1945. meruntuhkan 1 menjadikan runtuh (bkn bangunan); merobohkan: Bom atom telah ~ kota Hiroshima. 2 menyebabkan gugur atau melungsur: Aliran air yg deras telah ~ tebing sungai itu. 3 ki menjadikan rosak; membinasakan; menghancurkan (kekuasaan dll): Segala usaha mereka hendak ~ ekonomi negara kita telah gagal. runtuhan benda atau sesuatu yg telah runtuh; bangunan dll yg runtuh. keruntuhan 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. peruntuh yg meruntuhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
runtuh | 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, harapan, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya; langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb ke-hilangan orang tempat menumpang hidup; meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll); meruntuhkan 1. merosakkan dan menjatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menyebabkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, merosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya; ~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang; runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; peruntuh ark orang yg meruntuhkan: sekarang dia akan jadi ~ pula, akan meruntuhkan kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |