keruan | sudah diketahui; ketahuan: belum ~ belum dpt dipastikan; belum dpt ditentukan; tidak ~ tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keruan sahaja | bp tentu sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruan | sudah diketahui; ketahuan: belum ~ belum dpt dipastikan; belum dpt ditentukan;tidak ~ tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau. | Kamus Pelajar |
oceh | (océh) Jk; mengoceh 1. berbunyi (burung), berkicau; 2. bercakap yg tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, merapik, mericau: ia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke sana-sini; mengocehkan mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi; ocehan1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu; 2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celoteh (celotéh) | percakapan yg tidak tentu pokok pangkalnya (tidak keruan), ocehan; berceloteh bercakap-cakap (dgn tidak tentu pokok pangkalnya atau tidak keruan), berbual-bual, mengoceh: ia tidak bekerja tetapi ~ saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bebel | /bébél/ kata-kata yg berterusan yg keluar dgn tidak keruan erti maksudnya; leter. membebel mengeluarkan kata-kata yg berterusan yg tidak keruan erti maksudnya: Ibunya ~ kerana si anak tidak mengemas biliknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keruan | ketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (dipastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabur | 1. = ~ limbur bercampur baur (kerana orang terlalu ramai dll), tidak keruan, haru-biru: maka di dlm ~ itu disendal oleh kepetangan itu keris Tun Bija Sura; 2. = ~ limbur tidak begitu terang, samar-samar; menyabur 1. masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur dgn orang banyak; 2. menyamar diri di kalangan musuh; sabur-menyabur kelam-kabut, serbu-menyerbu: maka Yamtuan Muda pun mangkatlah di situ sebab kerana ~ orang beramuk-amuk itu; menyaburkan 1. menjadikan kelam-kabut (tidak keruan, berkacau-bilau, dll); 2. menjadi-kan samar-samar (kabur, tidak terang), me-nyuramkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak keruan | tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belum keruan | belum dpt dipastikan; belum dpt ditentukan; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |