seksa | /séksa/ 1 kesakitan yg diderita atau yg ditanggung sbg hukuman; hukuman yg menyakitkan: Azab ~ Tuhan akan menimpa orang-orang yg tidak jujur. 2 sengsara; susah (bkn hidup dll): Hidupnya ~ benar. menyeksa 1 menghukum seseorang dgn menjadikan ia sengsara (sakit, susah dll): Tidak baik ~ orang yg tidak berdosa. 2 menyebabkan berasa susah (sengsara dsb): ~ diri. terseksa dlm keadaan mengalami seksa: Dia sanggup pergi drpd ~ berpanjangan. seksaan rasa seksa: ~ yg ditanggung. penyeksaan perbuatan (hal dsb) menyeksa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
erang | keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dll): ia mendengar terus-menerus ~ isterinya pd malam sepi itu;mengerang 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~ tidak makan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerang | 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~ tidak makan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merintih | 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintih I | = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesakitan | 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesakitan | 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperihan | 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasaan): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakit | 1 berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagiannya kerana sesuatu sebab; uzur: Dia tidak dpt bekerja hari ini kerana ~ perut. 2 ki berasa sedih (susah); sengsara. ~ akal (fikiran, otak) gila. ~ hati berasa marah kerana dihina dll. ~ jiwa tidak berapa siuman kerana ada sesuatu yg menekan jiwanya. ~ kepala berasa pening kepala. ~ kuning penyakit yg disebabkan oleh gangguan pd hempedu dan menjadikan tubuh dan mata berwarna kuning. ~ mata a. sakit pd mata. b. tidak suka atau tidak berkenan melihat sesuatu yg tidak digemari. ~ mental tidak siuman, gila. ~ telinga a. sakit pd telinga. b. sakit hati (perasaan) kerana mendengar kata-kata yg tidak digemari. bersakit menahan rasa sakit: kuat ~ kuat menahan rasa sakit. bersakit-sakit 1 berusaha dgn tidak mengenal jerih dan payah; berusaha sungguh-sungguh (utk mencapai sesuatu): ~ dahulu, bersenang-senang kemudian. 2 menanggung kesusahan (kesulitan dsb): Kalau tidak sanggup ~, janganlah hidup di rantau orang. 3 kerap jatuh sakit; selalu menderita sakit: Sejak dua tahun yg lalu, dia ~ saja. menyakiti 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. menyakitkan menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. kesakitan 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsaraan. penyakit sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau perlakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masalah penagihan dadah dan rasuah. berpenyakit 1 ada penyakitnya. 2 = penyakitan selalu menderita sakit; selalu sakit: Pengemis itu sudah tua dan ~. pesakit orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seksa /séksa/ | 1 kesakitan yg diderita atau yg ditanggung sbg hukuman; hukuman yg menyakitkan: Azab ~ Tuhan akan menimpa orang-orang yg tidak jujur. | Kamus Pelajar |