kesal hati | berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesal hati | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesal | , = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan: Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesal | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesalkan | menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesal | = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul:Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan:Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid. | Kamus Pelajar |
kesah | ternyata atau terlahirnya rasa gelisah (kesal, runsing, dll); mengesah melahirkan perasaan gelisah (kesal, tidak tenteram, dll), mengeluh; ®keluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegal | 1. berasa tegang dan kaku (anggota badan): duduk dua jam itu sudah membuat pinggangnya ~-~; 2. = ~ hati kesal, sesal; memegalkan 1. menyebabkan menjadi pegal; 2. menyebabkan menjadi sesal, kesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jengkel | (jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, mendongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu; menjengkeli sebal hati terhadap: kebanyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya; menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tindakan yg diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taubat | 1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn meninggalkan perbuatan dll yg dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~ nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi; 4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~, ~, bodoh benar budak ini! bertaubat 1. menyesal dan berazam mem-perbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |