kesamaran | keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah, mereka bertanya kpd Nabi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesamaran | perihal (keadaan dsb) samar: matanya masih juga memerhatikan lembaga yg hampir hilang dlm ~ malam; namun pd satu tahap mungkin nanti akan timbul ~ disebabkan oleh perkara ~ pentafsiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesamaran | keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah mereka bertanya kpd Nabi. | Kamus Pelajar |
ambiguiti | kesamaran atau ketidaktentuan yg memungkinkan dua tafsiran dibuat terhadap sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ambiguiti | kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ~ yg ketara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syubhah | Ar kesamaran (kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samar, = samar-samar | kesamaran keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah mereka bertanya kpd Nabi. | Kamus Pelajar |
keibubapaan | (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibu bapa | orang tua (yakni emak dan ayah); keibubapaan (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samar | , = samar-samar 1 tidak berapa terang pd pandangan; agak kabur: Kawasan sekitar bandar itu kelihatan ~ kerana kabus tebal. 2 tidak berapa jelas (bkn khabar dll); tidak cukup alasan atau bukti: Berita yg diterima itu masih ~. menyamar mengubah rupa supaya tidak dikenali orang; tidak menampakkan keadaan diri sebenar; merupakan diri: Penjahat yg ~ sbg polis itu telah ditangkap di Kelang. menyamarkan 1 menjadikan tidak dikenali orang (dgn memakai sesuatu dll): Seorang pegawai tentera telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia musuh. 2 menjadikan tidak berapa terang dipandang; mengaburkan: Utk ~ dewan tari-menari itu, lampu-lampu berwarna biru dan merah telah dipasang. samaran sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. kesamaran keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah, mereka bertanya kpd Nabi. penyamaran perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. penyamar orang yg menyamar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |