Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keselarasan, kelarasan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
laras I1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan peng­gunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadan­kan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima.Kamus Dewan Edisi Keempat
keselarasanperihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas