keserasian | keadaan atau hal serasi: Persahabatan mereka berpanjangan kerana ada ~ antara mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keserasian | perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keserasian pin(pin compatible) | Sifat peranti atau cip yang dapat ditukar ganti dengan peranti atau cip lain yang mempunyai bentuk dan kedudukan pin atau palam yang sama. | Kamus Komputer |
keserasian palam(plug compatible) | Sifat peranti yang palamnya boleh disambung terus pada sistem komputer jenama lain tanpa memerlukan sebarang ubahsuaian. | Kamus Komputer |
ujian keserasian(compatibility test) | Ujian tertentu yang dijalankan terhadap perkakasan atau perisian untuk menyemak kesesuaian penggunaan sistem tersebut dengan sistem lain. | Kamus Komputer |
serasi | padan benar; cocok; sesuai: Saya tidak ~ berkawan dgn mereka. keserasian keadaan atau hal serasi: Persahabatan mereka berpanjangan kerana ada ~ antara mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyepaduan mendatar(horizontal integration) | Penyepaduan yang dilakukan untuk meningkatkan sistem yang sedia ada dengan menggunakan sistem yang mempunyai keserasian atau julat kuasa yang sama dengan sistem yang sedia ada. | Kamus Komputer |
mawaddah | Ar kasih sayang, terutamanya dlm hubungan antara suami isteri: rumah tangga mereka kembali aman dan damai dilimpahi ~ oleh Allah ke atas mereka; keserasian juga penting dlm membina kebahagiaan rumah tangga yg berteraskan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasi | 1. sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu perbintangan, ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, beruntung; b) bertuah, berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~; merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan; keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |