Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sia.lan] | کسيالن

Definisi : perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditum­panginya jadi kacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sial
1. Dalam konteks adjektif
bersinonim dengan tidak beruntung, tidak bernasib baik, celaka, malang, bernasib buruk, geruh, panas, sueh, lacur, cangerai, langkah kiri, sarau, udi, apas, celau, ceweh, terkunyah di batu, berbintang gelap,
Berantonim dengan bertuah

2. Bersinonim dengan celaka
( jahanam, bangsat, )
(kata nama:)
Berantonim dengan beruntung

Kata Terbitan : menyialkan, kesialan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kesialanperihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditum­panginya jadi kacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
kenahasanperihal nahas, kesialan, kecelakaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemalangan1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
angka sialangka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
celaka1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik: nasibnya sungguh ~; 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan (kesusahan dll), kemalangan, kesialan: apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; 3. makian, keparat, jahanam, bedebah: anak sial, anak ~! 4. seruan utk menyatakan kemarahan (kekecewaan dll): Ah, ~, apalah nasib; ~ tiga belas malang sekali; mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; kecelakaan bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
nahas1. sial (dikaitkan dgn hari, bulan, dsb yg dipercayai kurang baik): hari Rabu akhir bulan ini biasanya hari ~; 2. kecelakaan, kemalangan: memang dia sendiri yg me­manggil ~nya, tidak boleh menyalahkan orang lain; ~ jalan raya; menahaskan menganggap nahas, menyial­kan, mencelakakan; kenahasan perihal nahas, kesialan, kecelakaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
malang1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sial I1. tidak beruntung (selalu gagal dlm mendapat sesuatu dll), tidak bernasib baik (se­lalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dll), celaka, malang: kami juga mengisahkan tuah ~ masa hadapan anak-anak kami; ~ benar nasib mereka; ~ dangkalan sial benar; 2. (yg) mendatangkan kecelakaan (kemalang­an dll), (yg) tidak mendatangkan keuntung­an (kebahagiaan dll): menurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yg ~; besok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini; 3. jahanam, si celaka (kata maki­an): jangan sebut-sebut lagi nama perem­puan ~ itu! ~ bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara (segala yg dihajati tidak diperoleh); bagai menjenguk jerat ~ prb pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar berjalan-jalan; menyialkan mendatangkan sial: tidak cukup engkau dgn sial dirikau, kausialkan orang lain pula; sialan 1. orang yg (mendatangkan) sial; 2. Id jahanam, celaka (kata makian): ~ lu! kesialan perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditum­panginya jadi kacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
angka I1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merang­kumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengan­dungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan ter­menung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, mem­beri bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas