Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sibuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,

2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keributan1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, ke­kecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda;Kamus Dewan Edisi Keempat
sibuk I1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda­-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menye­babkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesibukan1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
keributan1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terlukis1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
loratark 1. dlm kebingungan, dlm kesulitan, dlm kesibukan; 2. sukar mengerjakan sesuatu, susah, rewel; 3. teruk, tenat, payah (keadaan orang sakit).Kamus Dewan Edisi Keempat
menikmati1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
ribut II1 banyak yg mesti dibuat; sangat sibuk: Orang-orang ~ membeli-belah di pasar. 2 marah-marah; bising; rusuh: Dia ~ kerana wangnya hilang dicuri orang. meributkan 1 menyebabkan ribut; menghebohkan; menggemparkan. 2 menimbulkan keadaan huru-hara; merusuhkan. keributan 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghantu1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
repot/répot/ 1 sibuk; banyak yg mesti dibuat; ribut: Semuanya ~ pd hari pertama persekolahan. 2 dlm kesukaran; kelam-kabut: Mereka mulai ~ apabila harga minyak naik. merepotkan menjadikan repot. kerepotan kesibukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas