Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.si.pan] | کسيسيڤن

Definisi : termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesisipan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kesisipantermasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesisirantermasuk duri dll dlm daging, kesisipan; terbuang ~ berasa senang atau lega.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesusupankemasukan sesuatu ke dlm (daging dll), kesisipan, kesisiran;Kamus Dewan Edisi Keempat
sisir IIIMn; kesisiran termasuk duri dll dlm daging, kesisipan; terbuang ~ berasa senang atau lega.Kamus Dewan Edisi Keempat
susup; ~-sasap menyorok (masuk) ke sana ke mari: pengganas yg ditembak itu lari ~­sasap dlm hutan senduduk; menyusup 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh; menyusupi 1. masuk dgn cara menyusup: kerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut; 2. meresap masuk ke, meresapi: di luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah dinding; menyusupkan 1. memasukkan (menyo­rokkan) ke bawah atau di celah-celah sesuatu: ia ~ surat itu ke bawah tilam; 2. menyo­rokkan, menyeludupkan: salah seorang drpd mereka berhasil ~ surat kepadaku; 3. ki memasukkan sesuatu (ke dlm sesuatu) secara tidak ketara: maka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya; kesusupan kemasukan sesuatu ke dlm (daging dll), kesisipan, kesisiran; penyusupan perbuatan menyusup atau me­nyusupkan, penyeludupan: percubaan mereka dgn melakukan ~ dan serangan-serangan dlm gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali; ~ kebu­dayaan Barat dlm Islam; penyusup orang yg menyusup masuk (secara diam-diam), penyeludup: kedua-dua ~ itu tidak bersenjata apabila ditangkap.Kamus Dewan Edisi Keempat
sisip;bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk pistol ~ di ping­gangnya; ~ keris a) memakai keris dgn me­nyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara; bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn pakaian yg indah, ~ keris; menyisip 1. masuk di celah-celah (di sela­sela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; menyisipkan, mempersisipkan 1. memasuk­kan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu disisip­kannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang; 2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagian-bahagian lucu di­sisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) me­masukkan sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata­kata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi “gemuruh”; tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2. terkandung (termasuk) dlm; sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: pro­ses ini memerlukan ~ utk menegangkan anyaman.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas