kesombongan | sifat sombong; keangkuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesombongan | perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesombongan | sifat sombong; keangkuhan. | Kamus Pelajar |
lagak | 1. gaya atau pembawaan (yg menunjukkan keangkuhan, kesombongan, dll), tingkah laku dan tutur kata (yg menunjukkan kesombongan: ~nya spt orang kaya; 2. gaya, tingkah laku: ia menangis ~ anak yg dipukuli ibunya; ~ bahasa gaya bahasa (kata dan pengucapannya); ~ lagam ark, ~ lagu pembawaan dan tutur bahasa; berlagak 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; melagak 1. membuat diri spt, berlagak: Rashid sewaktu-waktu masih ~ spt Jepun; 2. membuat orang lain berasa takut, menakutnakuti, menggertak: pegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang miskin itu; melagakkan memperlihatkan kesombongan, menyombongkan: tiada sesuatu yg hendak dilagakkan; pelagak 1. orang yg suka berlagak; 2. ark barang pakaian utk berhias. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecongkakan | kesombongan, kebongkakan, kepongahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keagaan | keangkuhan, kesombongan: sekaliannya ada, menjadi ~ bagi yg punya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sombong | kesombongan sifat sombong; keangkuhan. | Kamus Pelajar |
keangkuhan | sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gah dan takbur | kesombongan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keangkuhan | sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. | Kamus Pelajar |