Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.song.sa.ngan] | کسوڠسڠن

Definisi : keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesongsangan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kesongsangankeadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air;Kamus Dewan Edisi Keempat
songsang I1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemu­diankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, keper­cayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas