sukar | 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah menempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sukar | 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulitkan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan: ~nya makin bertambah; 2. menderita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengundurkan | 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll), memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat, undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain, melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan membantu kami mengatasi kesukaran-kesukaran di sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesukaran | 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah menempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesukaran | 1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan: ~nya makin bertambah; 2. menderita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemusykilan | 1 sesuatu yg musykil; kesulitan; kesukaran: Ia telah menyelesaikan beberapa ~. 2 sesuatu yg tidak memuaskan; kekesalan; kekecewaan. 3 keadaan musykil; kesukaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemusykilan | 1 sesuatu yg musykil; kesulitan; kesukaran: Ia telah menyelesaikan beberapa ~. 2 sesuatu yg tidak memuaskan; kekesalan; kekecewaan. 3 keadaan musykil; kesukaran. | Kamus Pelajar |
kesukaran | 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu mereka telah menempuh berbagai-bagai~. | Kamus Pelajar |
kesulitan | 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepayahan | 1. perihal payah, kesukaran, kesusahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. menderita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |