kesyukuran | hal atau rasa syukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesyukuran | rasa syukur: tidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesyukuran | hal atau rasa syukur. | Kamus Pelajar |
doa kesyukuran | doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doa selamat | = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syukur | kesyukuran hal atau rasa syukur. | Kamus Pelajar |
Pesta Kaamatan | pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akikah | Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah; berakikah; hari ~ hari ketika mengadakan akikah; mengakikahkan; ~ anak mengadakan akikah utk anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syukur | 1 terima kasih (kpd Tuhan): Dia mengucapkan beribu-ribu ~ kpd Tuhan yg telah menyelamatkan keluarganya. 2 beruntung; bernasib baik; mujur: Saya berasa ~ dpt bertemu dgn datuk. bersyukur berasa syukur; berterima kasih: Aku ~ kpd Tuhan. mensyukuri mengucapkan syukur terhadap: ~ nikmat Allah. kesyukuran hal atau rasa syukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syukur | 1. terima kasih: kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kpd Tuhan; 2. sr untunglah, mujurlah; 3. beruntung, mujur, bertuah: saya berasa ~ dapat berjumpa dgn datuk; bersyukur berasa syukur, berterima kasih: sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kpd Tuhan; perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dgn apa yg ada, tidak pernah ~; mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kpd, melakukan sesuatu (berkenduri dll) sbg tanda bersyukur: orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak utk kenduri, kerana ~ pernikahannya; kesyukuran rasa syukur: tidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |