Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
taat (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan setia, patuh, akur, takwa, tawaduk, taslim, salih, pasrah, tunduk, tunak, patih;,
Kata Terbitan : mentaati, ketaatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
taat1. sentiasa menurut perintah (Tuhan dll), tidak mengingkari (perintah dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd sese­orang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan masalah Malaysia; ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kese­tiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati ter­hadap agama, kesolehan;ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
takwaAr 1. ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan: di mukanya kelihatan sinar yg jernih dan tajam, sinar ~ iman yg biasa ter­bayang di muka orang zahid; 2. takut akan Allah, hidup soleh: sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg benar-benar taat kpd perintah Allah; bertakwa mempunyai sifat takwa; ketakwaan perihal takwa.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketaatan1. perihal taat, kepatuhan, kese­tiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati ter­hadap agama, kesolehan.Kamus Dewan Edisi Keempat
autoritarian1. berpegang teguh pd peraturan dan undang-undang; 2. orang yg percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti.Kamus Dewan Edisi Keempat
disiplin1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
disiplin1. peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2. kepatuhan atau ketaatan kpd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu.Kamus Pelajar
makrufAr 1. ketahuan, terkenal, masyhur; 2. perbuatan baik: amar ~; kemakrufan kebaikan: politik yg sihat akan melahirkan segala kebaikan ~; keadaan berhijrah drpd kemaksiatan, kemungkaran, dan kefasikan kpd ketaatan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
wenangJw wewenang; berwenang mempunyai hak (utk berbuat sesuatu): ketua regu itu ~ utk menuntut ketaatan anggota regu; sewenang-wenang, bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu) dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2. bermaharajalela (me­lakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sem­barangan sahaja, tidak dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah mengelirukan; kesewenang-wenangan perbuatan sewenang­wenang, kezaliman; kewenangan hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
taat1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd peme­rintah. 2 = ~ setia tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. mentaati tidak membantah akan perintah dll; mematuhi: Tiap-tiap orang Islam wajib ~ rukun Islam yg lima. ketaatan sifat atau keadaan taat; kepatuhan; kesetiaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
fasiqAr 1. tidak mempedulikan perintah Allah: golongan yg ~; 2. berdosa besar, buruk (jahat) perangai: jangan gila hendak membuat kerja yg ~ itu; 3. orang yg berdosa besar (buruk kelakuan, jahat); memfasiqkan menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq; kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas