ketamadunan | perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadhari | Ar ketamadunan; Islam ~ Islam dgn pendekatan ketamadunan, iaitu pendekatan utk membina tamadun berasaskan Islam secara menyeluruh melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan fizikal dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Islam hadhari | Islam dgn pendekatan ketamadunan, iaitu pendekatan utk membina tamadun berasaskan Islam secara menyeluruh melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan fizikal dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manhaj | Ar kaedah, cara: Islam berjaya mem-bentuk suatu ~ hidup manusia drpd bar-barisme kpd ketamadunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tamadun | 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, berperadaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |