ketawa II | ; ~ udang sj tumbuhan (pokok) katak (keretak, otak) udang, pauh hutan (pipit), rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessifolia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgah II | Kd (ketawa dll) dgn kuat dan berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kak II | bunyi spt bunyi orang ketawa berdekahdekah (bunyi itik dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derai II | ; berderai, berderai-derai 1. ber-lanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), menitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang keluarganya melarat; deraian perihal berderai-derai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memek II | (mémék) kerut (muka orang hendak menangis); mememekkan mengerutkan (muka) kerana sesuatu perasaan spt sedih, geli dsb: ada yg ketawa dan ada yg ~ muka geli-geleman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kakak II | ; berkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak 1. mengeluarkan bunyi ’kak, kak’ (spt itik); 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasuk II | ; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll; merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orangnya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajarannya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): berbagai-bagai fikiran datang ~ hatinya terutama fikiran hendak menceraikan isterinya; rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |