Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.wa.ran] | کتاورن

Definisi : perihal tawar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketawaran


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketawaranperihal tawar;Kamus Dewan Edisi Keempat
kecabaranketawaran hati, ketakutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
cabar Itawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini; mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; cabar-mencabar (perbuatan) saling men­cabar (antara satu dgn lain): ~ adalah suatu bentuk provokasi yg mesti dielakkan; mencabarkan menawarkan hati, meng­hilangkan keberanian, menjadikan takut; tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~; cabaran 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg men­cabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~; kecabaran ketawaran hati, ketakutan; pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawar I1. tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dll), hambar, campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya: beliau menuang air teh ~ dr teko; 2. tidak masin (bkn air di tasik dll): air sungainya itu ~ sampai ke laut; air ~ a) air yg tidak masin; b) air biasa yg tidak dimasak; 3. tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera, dll), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang bisa, racun, dll): semua mantera dan jampi-nya ~ belaka; 4. ki hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak bernafsu, dingin, hilang keberanian: hatiku ~ benar utk berbual-bual lagi; 5. hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati; 6. tidak sedap (pd pendengaran dll), tidak bersemangat (cerita, pidato, dll): pidatonya ~ dan tidak bersemangat; ~-hambar (-mawar) tawar sekali; ~ hati tidak bersemangat (berkemahuan) lagi; ~ hebiak Kd terlalu tawar (makanan) sehingga tidak terasa masin atau manisnya; ~ ipuh jampi utk menghilangkan bisa ipuh; jika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi ~? prb bolehkah nasihat atau pertolongan yg sedikit itu menghilangkan kejahatan yg banyak (mengayakan orang miskin); tawar-tawar setawar, sitawar; menawar menghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll): digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu; menawari 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengan­nya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi; menawarkan 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; ketawaran perihal tawar; penawaran perbuatan menawar (menawari, menawarkan); penawar 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; ~ hati ki orang (suami, isteri, anak, dsb) yg menyenangkan hati; ~ jampi ubat serabut drpd tumbuh-tumbuhan (paku pakis) utk menahan darah keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas