ketegapan | keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketegapan | perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketegapan | keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. | Kamus Pelajar |
kesasaan | ketegasan (tubuh), kekuatan dan ketegapan (tubuh): bangga juga Mek melihat ~ Awang Lekir itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebagasan | keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yg mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegap | menegapkan menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. | Kamus Pelajar |
sasa | sl kuat, tegap: adapun Sang Guna itu baik sikapnya, tegap ~ tubuhnya; kesasaan ketegasan (tubuh), kekuatan dan ketegapan (tubuh): bangga juga Mek melihat ~ Awang Lekir itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagas | 1. (bkn angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (bkn badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yg mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegap | 1 berisi lagi kuat (bkn tubuh); gagah serta kuat: Kalau badan tidak ~, tak usahlah bercita-cita hendak menjadi askar. ~ sasa gagah dan kuat. 2 kuat dan kukuh (bkn sesuatu alat); tidak mudah rosak; tidak mudah terurai (ttg ikatan dsb); tahan: Meja yg digunakannya itu sungguh ~ buatannya. menegapkan menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. penegap sesuatu yg menegapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegap I | 1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ berdirinya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |