tenteram | 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, keamanan, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamatan dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), keredaan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menenteramkan sesuatu: ubat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenteram | 1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Presiden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rusuh I | 1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; 3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~ benar makanannya apa sahaja dimakannya; 4. tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dll); merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil; merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau: tikus tanah yg selalu ~ sawah kami; merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dll); rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~ polis utk memadamkan rusuhan; kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dsb); perusuhan 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketenteraman | 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Presiden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketenteraman | 1. perihal tenteram, keamanan, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamatan dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), keredaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketenteraman | 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Presiden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. | Kamus Pelajar |
kelegaan | 1 keadaan lega; ketenteraman (fikiran, hati); kesenangan (hidup). 2 ruang yg terbatas besarnya utk meluluskan pergerakan atau laluan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesetimbangan | 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merisaukan | 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengacau | 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |