keter | (ketér) Tr kerinting sedikit (pd rambut, daun pokok yg terbantut): pokok mempelam yg Pak Man tanam ~. Agaknya tidak dibubuh baja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cauvinisme | 1. sikap setia pd negara yg keterlaluan: mereka bertanggungjawab atas kebangkitan berbagai-bagai bentuk ~ dan sosialisme; 2. rasa cinta yg keterlaluan kpd sesuatu (kumpulan, tujuan, tempat, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampau | terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampau | 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melampau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |