keterabaian | keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abai | cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |