keterdahuluan | perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterakhiran | perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhirnya | 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dahulu | 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lampau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului berkejar atau berlumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus didahulukan drpd kerja sendiri; 2. memberikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: setengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk didahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |