tertib | 1. peraturan yg baik dan telah ditetapkan, aturan (yg harus dipatuhi); tata~ peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; 2. mengikut peraturan, teratur dan rapi: segala sesuatu berjalan dgn ~; 3. dgn sopan santun, dgn majlis, dgn sepatutnya: sangat ~nya barang kelakuannya; ~ acara a) peraturan mengenai segala sesuatu yg bertalian dgn perbincangan dlm mesyuarat dll; b) acara, agenda; ~ hukum Id aturan yg berkaitan dgn undang-undang; ~ nikah aturan dlm nikah; ~ sembahyang aturan dlm sem-bahyang; ~ sopan sopan santun; bertertib mengikut tertib, teratur, sopan: apabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun; menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan: kpd tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum; ketertiban 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; penertiban perihal menertibkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertib | 1 peraturan yg baik yg patut diturut. 2 mengikut peraturan atau susunan yg telah ditetapkan; teratur dgn rapinya: Segalanya telah berjalan dgn ~. Susun angka ini mengikut ~ nilainya. 3 dgn sopan santun; dgn majlis: Pemuda itu sangat ~ kelakuannya. ~ nikah peraturan dlm nikah. ~ sembahyang peraturan dlm sembahyang. bertertib 1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. 2 sopan atau santun kelakuannya. menertibkan menjadikan tertib; merapikan. ketertiban 1 peraturan dlm masyarakat dll. 2 kelakuan yg baik; kesopanan. 3 keadaan atau hal tertib. penertiban perbuatan atau hal menertibkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketertiban | 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketertiban | 1 peraturan dlm masyarakat dll. | Kamus Pelajar |
anarki | 1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aturan | 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keharusan | 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keharusan | 1. keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2. keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3. sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. | Kamus Pelajar |
beres | (bérés) 1. teratur, rapi, tidak kacau: kehidupan kau masih belum ~ lagi; 2. selesai (perselisihan, hutang, dll): pertikaian dgn adiknya belum ~ lagi; hutang telah ~; tahu ~ bp tidak usah gaduh (semuanya akan beres);membereskan 1. mengusahakan dsb supaya teratur (sempurna, kemas, dsb), mengatur, merapikan: ~ semua yg perlu utk mesyuarat; 2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dll): hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;keberesan kerapian, ketertiban, keselesaian; pemberesan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membereskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rapi | 1 bersih dan elok: Wajahnya ~ dan manis. 2 teratur baik-baik; kemas: Buku-buku tersusun ~ dlm almari. 3 kukuh: Pintu rumah berkunci ~. 4 (semuanya) beres dan kemas kini: Semua urusan pejabat dikendalikannya dgn ~. 5 (semuanya) siap sedia dan tidak ada yg dicuaikan: Rumah Perdana Menteri sentiasa dikawal ~ siang dan malam. merapikan mengatur atau menyusun supaya rapi; mengemaskan; menyelesaikan: Ia membantu emaknya ~ bilik tidur. kerapian keadaan rapi; kebersihan; ketertiban. perapian proses atau perbuatan merapikan: Kesannya menakjubkan setelah rambut menjalani ~ oleh bahan tsb. perapi bahan yg merapikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |