ketidakbenaran | perihal atau perbuatan tidak benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benar | 1. tidak salah, betul: ejaannya ~; salah ~nya; 2. tepat (tidak berbeza drpd keadaan sebenarnya), memang demikian halnya, sungguh, sah: kalau ~ dia yg memukul adikku, tentu kuadukan kpd bapanya; 3. amat, sangat, sekali: ramai ~ orang pergi ke pantai;sebenarnya 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya;sebenar-benarnya sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya: mereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dgn adil; benar-benar sungguh-sungguh, betul-betul, amat sangat: kata-katanya itu ~ meninggalkan kesan di hatiku;berbenar, berbenar-benar Mn berterus-terang;membenar, membenar-benar Mn 1. berbenar; 2. meminta bantuan;membenari Mn memujuk, mengelon;membenar-benari mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh;membenarkan 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;memperbenar sl membenarkan; kebenaran 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; ketidakbenaran perihal atau perbuatan tidak benar;pembenaran perihal atau perbuatan membenarkan: ~ pandangan ini dr sudut agama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |