ketidaksesuaian | perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecerewetan | perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontradiksi | 1. perihal berlawanan atau bertentangan, pertentangan (antara dua perkara, keadaan, dll), ketidaksesuaian: terdapat banyak ~ pd sikap kedua-dua suami isteri itu yg mengganggu ketenteraman hidup mereka; 2. = ~ dgn bertentangan (dgn). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerewet (ceréwét) | 1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, bersungut, dll): kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dr rumah itu; 2. berselok-belok dan memerlukan banyak kerja yg kecil-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet: orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat; mencereweti selalu memarahi (menegur, mencela, dll): kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu; kecerewetan perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesuai | 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menyelaraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali sehingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu dilakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |