ketidaksinambungan | perihal (keadaan dsb) tidak bersinambungan (tidak berterusan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinambung | ; bersinambung, bersinambungan berlanjutan, berterusan, berpanjangan: bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yg panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan; kesinambungan perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; ketidaksinambungan perihal (keadaan dsb) tidak bersinambungan (tidak berterusan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |