Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ka] | کتيک

Definisi : 1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika ada jangan dimakan,
     telah habis (= tiada) maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermat dalam penghidupan.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lagi1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertelekubertumpu dgn kedua-dua belah siku pd (terutama ketika duduk): Ketika kami tiba, dia sedang duduk ~ di tingkap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teleku; berteleku bertumpu dgn kedua-dua belah siku pd (terutama ketika duduk): Ketika kami tiba, dia sedang duduk ~ di tingkap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suap1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana ter­lalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi me­nyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berenang1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpapahberpegang atau berpaut pd sesuatu ketika berjalan atau bangun: Ketika turun di tangga itu, dia ~ pd anaknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
papah; berpapah berpegang atau berpaut pd sesuatu ketika berjalan atau bangun: Ketika turun di tangga itu, dia ~ pd anaknya. memapah membantu orang berjalan atau bangun dgn memegang badannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sekali tempoha) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
taruh1 wang yg dipasang ketika ber­­­­­main judi; tagan. 2 sesuatu yg diserahkan sbg cagaran ketika meminjam wang; sandaran. bertaruh 1 memasang taruh ketika berjudi; bertagan: Ke­banyakan orang yg ~ dlm permainan judi itu telah kalah. 2 membubuh taruh kerana terlalu yakin atau pasti akan sesuatu: Saya berani ~ Malaysia akan menang dlm peraduan itu. menaruh 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menem­pat­kan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membu­buh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. mempertaruhkan 1 me­masang sesuatu sbg bahan ber­taruh dlm perjudian: Raja itu telah ~ negerinya dlm persabungan itu. 2 menjadikan sesuatu sbg bahan yg disandarkan atau yg dicagarkan: Dia sanggup ~ nyawanya utk menjaga nama baik keluarganya. taruhan 1 wang dll yg dipasang ketika bermain judi; taruh; tagan. 2 apa-apa yg disimpan; simpanan: Wang ~ saya sekarang ini berjumlah lima ratus ringgit. 3 orang yg dikasihi: anak ~; gadis ~. pertaruhan 1 peri­hal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar. 2 sesuatu yg dipertaruhkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wuquf di Arafahberhenti (hadir) seketika di Arafah pada 9 Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar hari kesepuluh (salah satu rukun haji).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas