lagi | 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berteleku | bertumpu dgn kedua-dua belah siku pd (terutama ketika duduk): Ketika kami tiba, dia sedang duduk ~ di tingkap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teleku | ; berteleku bertumpu dgn kedua-dua belah siku pd (terutama ketika duduk): Ketika kami tiba, dia sedang duduk ~ di tingkap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suap | 1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana terlalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi menyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berenang | 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpapah | berpegang atau berpaut pd sesuatu ketika berjalan atau bangun: Ketika turun di tangga itu, dia ~ pd anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
papah | ; berpapah berpegang atau berpaut pd sesuatu ketika berjalan atau bangun: Ketika turun di tangga itu, dia ~ pd anaknya. memapah membantu orang berjalan atau bangun dgn memegang badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekali tempoh | a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketikanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taruh | 1 wang yg dipasang ketika bermain judi; tagan. 2 sesuatu yg diserahkan sbg cagaran ketika meminjam wang; sandaran. bertaruh 1 memasang taruh ketika berjudi; bertagan: Kebanyakan orang yg ~ dlm permainan judi itu telah kalah. 2 membubuh taruh kerana terlalu yakin atau pasti akan sesuatu: Saya berani ~ Malaysia akan menang dlm peraduan itu. menaruh 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menempatkan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membubuh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. mempertaruhkan 1 memasang sesuatu sbg bahan bertaruh dlm perjudian: Raja itu telah ~ negerinya dlm persabungan itu. 2 menjadikan sesuatu sbg bahan yg disandarkan atau yg dicagarkan: Dia sanggup ~ nyawanya utk menjaga nama baik keluarganya. taruhan 1 wang dll yg dipasang ketika bermain judi; taruh; tagan. 2 apa-apa yg disimpan; simpanan: Wang ~ saya sekarang ini berjumlah lima ratus ringgit. 3 orang yg dikasihi: anak ~; gadis ~. pertaruhan 1 perihal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar. 2 sesuatu yg dipertaruhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wuquf di Arafah | berhenti (hadir) seketika di Arafah pada 9 Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar hari kesepuluh (salah satu rukun haji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |