terbelakang | 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkebelakang | 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketinggalan | 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kemajuan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentulah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekolotan | 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketinggalan | 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. | Kamus Pelajar |
arkaik | 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (bkn kata, ungkapan, dsb): al-Kindi menggunakan istilah yg tidak begitu dikenal atau bersifat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keburu | Jk 1. tergesa-gesa, tergopoh-gapah; ~ nafsu terdorong oleh nafsu, terburu-buru (tidak berfikir panjang terlebih dahulu); 2. masih sempat; masih ~ belum terlambat atau ketinggalan, masih sempat; tidak ~ tidak sempat, terlambat, ketinggalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinggal I | 1. diam (di), menetap: sejak dr kecil lagi ia ~ di bandar itu; saya ~ di rumah ayah saudara saya; 2. terus berada di (tidak berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat): saya tidak boleh ~ lama di sini kerana banyak kerja di rumah; esok siapa mahu ~, ~lah, saya mahu pergi juga; 3. yg ada lagi, bakinya, berbaki, bersisa: setelah ditolak segala perbelanjaan ~ tiga puluh ringgit sahaja; kuih yg dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yg ~; 4. terkebelakang (drpd orang lain dll), ada di belakang, tidak turu maju (naik darjah dll): mereka semua terus maju ke hadapan, kita juga yg ~; murid yg lulus dlm peperiksaan dinaikkan darjah, yg gagal ~; 5. sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan lagi (bkn peristiwa, keadaan hidup, dll): corak masyarakat yg kuno itu sudah ~, diganti dgn cara hidup yg moden; 6. tetap (kekal, selalu) spt hal atau keadaannya yg sedia (yg demikian): akibatnya yg kaya bertambah kaya dan yg miskin ~ miskin; tidak ~ tidak selalu (sentiasa); 7. mengabaikan, melalaikan, melupakan, mencuaikan: ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~ sembahyang; tidak ~ tidak mengabaikan; 8. hanya perlu ..., tidak payah membuat apa-apa kecuali ...: persediaan menyambut hari raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja; 9. terpulang (terserah, terletak) pd, bergantung pd: kata putus mengenai perkara ini ~ pd pengurus syarikat; 10. yg didiami (diduduki); rumah (tempat) ~ rumah (tempat) yg didiami; 11. yg dikosongkan (ditinggalkan): maka adalah kelakuan negeri itu spt negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai dan pasarnya; ladang ~; ~ arwah sudah meninggal; ~ baka yg ada hanya keturunan; ~ tulang sangat kurus; bertinggal = ~ kata berpesan (sebelum berangkat); meninggal = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; meninggali 1. menduduki, mendiami: rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya; 2. membiarkan tinggal sesuatu (utk), memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati; meninggalkan 1. membiarkan (mendiamkan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar mencari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makanan itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, memberi (bekas-bekas, kesan, dll), mengakibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak mengambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (me-lampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosongkan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajiban dll), mencuaikan (mengalpakan, melalaikan): ~ kewajiban; tertinggal 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. terkebelakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; tinggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan; ketinggalan 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kemajuan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentu-lah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; tidak ~ tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu): ia tidak pula ~ drpd menolong ibu bapanya; peninggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, sekarang ini terletak di hadapan saya di atas meja; harta ~ harta pusaka; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemergian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya; peninggal 1. = sepeninggal setelah (ber-angkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya; 2. = sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu; 3. sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fantastik | 1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keteter | (ketétér) Jk 1. tertinggal jauh di belakang, jauh ketinggalan; 2. hampir kalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |