utama | 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keutamaan | 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendahulukan | 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendahulukan | 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus didahulukan drpd kerja sendiri; 2. memberikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat kad(card weight) | 1. Berat fizikal yang dimiliki oleh kad tebuk atau kad kredit. 2. Nilai atau keutamaan yang diberikan kepada kad tertentu berbanding dengan kad lain. | Kamus Komputer |
pangsi I | 1. paku gasing, paksi; 2. (Kej) paksi pd motokar (enjin dll); berpangsikan ki menganggap atau menjadikan sesuatu sbg keutamaan (teras, dasar dsb), berteraskan, berdasarkan, bertunjangkan: gaya hidup yg ~ mutu telah mendorong ramai orang menggunakan kristal sbg hiasan; memangsikan memasang (mengenakan) pangsi pd, menempatkan di atas pangsi, melekatkan (menyambungkan) dgn pangsi dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendahulukan | 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2. memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. | Kamus Pelajar |
diplomat | 1. pegawai kanan (duta dll) yg dilantik utk mewakili negaranya dlm hubungan antarabangsa; 2. orang yg mahir berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: suruhanjaya itu telah juga menyediakan rangka perjanjian tentang keutamaan dan hak para ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menekankan | 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bungkal | 1. = bungkalan bongkah, gumpal: ~ tanah liat; 2. anak timbangan, timah dll pemberat jala: ~ jala; 3. sukatan berat (emas dll) yg bersamaan dgn 16 mayam atau 53.9 gram: emas se~; ~ genap menahan cuba, emas baik menahan uji prb keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji; mengambil ~ kurang prb berasa tersinggung oleh perkataan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |