Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewajiban,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menunaikan tugas (kewajiban)menjalankan tugas (kewajiban);Kamus Dewan Edisi Keempat
kewajibankewajipan 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;Kamus Dewan Edisi Keempat
melunaskan1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. mem­perbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa;Kamus Dewan Edisi Keempat
melunasi1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. mem­perbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa;Kamus Dewan Edisi Keempat
lunas IIberes, jelas, selesai (hutang dll); melunasi, melunaskan 1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. mem­perbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa; terlunas telah dilunaskan: pinjaman ~; pelunasan perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya; pelunas (orang) yg melunaskan, penyelesai: ~ hutang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bebas(bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen.Kamus Dewan Edisi Keempat
pekerjaan1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti);Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggungantanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang;Kamus Dewan Edisi Keempat
hutang1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerah Ikerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajiban (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung; berkerah sl = mengerahkan; maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing; mengerahkan 1. memanggil orang berkum­pul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat ten­tera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; kerahan 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti di­usahakan bersama-sama (dgn bergotong­royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga; kerah-kerahan sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll; pengerahan perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati; pengerah 1. orang yg mengerah(kan), juru­kerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghim­punkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas