keyakinan | kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keyakinan | perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allahakan menjayakan cita-cita kita | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keyakinan | kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. | Kamus Pelajar |
aras keyakinan(confidence level) | Darjah keyakinan terhadap kejayaan atau kebaikan sistem yang dinyatakan dalam bentuk peratusan. | Kamus Komputer |
menghakis | 1 mengikis dan menghanyutkan permukaan tanah, batu dll sehingga haus (oleh air, angin dll): Angin yg membawa pasir halus dpt ~ bahagian batu yg lembut. 2 menyebabkan keuntungan, kuasa, keyakinan dll semakin terjejas: Amalan rasuah yg berlaku akan ~ keyakinan pelabur. 3 ki menjadi kurang (bkn nilai, keyakinan dll): Apabila tindakan tidak diambil, keyakinan terhadap pihak berkuasa terus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hakis | ; menghakis 1 mengikis dan menghanyutkan permukaan tanah, batu dll sehingga haus (oleh air, angin dll): Angin yg membawa pasir halus dpt ~ bahagian batu yg lembut. 2 menyebabkan keuntungan, kuasa, keyakinan dll semakin terjejas: Amalan rasuah yg berlaku akan ~ keyakinan pelabur. 3 ki menjadi kurang (bkn nilai, keyakinan dll): Apabila tindakan tidak diambil, keyakinan terhadap pihak berkuasa terus ~. terhakis sudah dihakis. hakisan hasil menghakis; tindakan menghakis. penghakisan proses atau perbuatan menghakis: Kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor. Kita mestilah berusaha agar ~ rasa hormat terhadap ibu bapa tidak berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepercayaan | 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepercayaan | 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepercayaan | 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan : ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. | Kamus Pelajar |
iktikad | Ar kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman: ada orang kita yg telah mulai terpesong ~nya; agama Islam terdiri drpd bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; dgn ~ baik dgn maksud yg baik; beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dlm hati, percaya benar-benar, yakin: kita mestilah ~ bahawa Allah itu ada; mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |