khabar (-khabar) angin | khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selentingan | = khabar ~ khabar angin, desas-desus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersumber | 1 ada sumber; berasal: Khabar-khabar yg tidak ~. 2 berasas (pd); bersandar (pd): Laporan yg ~ pd kejadian sebenar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gosip | cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~; menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengononkan | 1. mengonon, memperkonon(kan); 2. mengisahkan (mempercakapkan) dgn konon (dgn berasaskan kata orang, khabar-khabar, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khabar | Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenangkan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembaran kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya melebih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberitahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, diceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhbar | 1 surat khabar. 2 khabar; berita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sumber | 1 tempat air meleleh keluar dr tanah; mata air. 2 lubang yg digali utk mendapatkan air; perigi; telaga: ~ minyak telaga minyak. 3 tempat asal atau tempat bermulanya sesuatu; punca: Berita itu telah didengar dr ~ yg dpt dipercayai. bersumber 1 ada sumber; berasal: Khabar-khabar yg tidak ~. 2 berasas (pd); bersandar (pd): Laporan yg ~ pd kejadian sebenar. bersumberkan mempunyai sesuatu sbg sumber; berasaskan: Undang-undang yg ~ al-Quran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khabar angin | khabar yg belum tentu sah atau tidak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khabar selentingan | khabar angin, desas-desus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |