umum | 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~b jalan utk semua orang. | Kamus Pelajar |
medan ramai | orang ramai, khalayak ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelong | (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. menjual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. memborong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekiranya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umum | 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khalayak ramai | orang banyak; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khalayak ramai | orang banyak, umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang banyak | khalayak ramai, orang biasa, orang awam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang ramai | khalayak ramai; umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang ramai | khalayak ramai, orang banyak, umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
di muka umum | di khalayak ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |