tamat | 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayatnya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana caranya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ijazah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; adakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn memberhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khatam | 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penutup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW); berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaji | 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengaji | 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaji | 1. membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2. belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. | Kamus Pelajar |
menyisih | 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, menyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana miskin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjemput | 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemput II | ; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~; menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; perjemputan perihal menjemput. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisih | ; bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, menyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. memisahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm permainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji | 1 pelajaran ttg agama. 2 cabang ilmu pengetahuan. ~ bintang ilmu ttg hal angkasa (keadaan atau pergerakan bintang, planet dsb); ilmu falak. ~ bumi ilmu ttg sejarah bumi (susunannya, pembentukannya dll) sebagaimana yg dpt dilihat pd kerak bumi, batu-batan dll. ~ cuaca ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. ~ daya a. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat. ~ haiwan ilmu ttg binatang atau haiwan dan kehidupannya. ~ hayat ilmu ttg hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan). ~ kuman ilmu ttg kuman dan hubungannya dgn perubatan, industri dan pertanian. ~ penyakit ilmu ttg jenis, akibat dan sebab berlakunya penyakit. ~ purba kajian ttg benda atau tinggalan purba, terutamanya dr zaman prasejarah. ~ teknik ilmu ttg pengetahuan industri; teknologi. mengaji 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. mengkaji menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. mengajikan membaca Quran utk orang yg telah mati. terkaji dpt diselidik atau disiasat. kajian hasil drpd mengkaji sesuatu. ~ kes kajian ttg sesuatu isu, institusi, orang dsb berdasarkan data atau maklumat terperinci yg dikumpulkan dlm masa tertentu. pengajian 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. pengkajian perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. pengkaji orang yg mengkaji: ~ bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |