khazanah | 1 tempat menyimpan harta benda; perbendaharaan. 2 harta benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khazanah | Ar 1. barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dlm memperkaya ~ sastera tanah air; 2. tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dll): habislah harta yg dlm ~ patik, patik sekalian sedekahkan kpd segala fakir miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khazanah | 1. tempat menyimpan harta benda; perbendaharaan. 2. harta benda. | Kamus Pelajar |
khizanat | ®khazanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khizanah | ®khazanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbendaharaan | 1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mal | harta benda; khazanah: baitul~ (rumah) tempat menyimpan harta benda; perbendaharaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengabadi | menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mal II | Ar harta benda, khazanah; baitul~ tempat menyimpan segala harta benda, perbendaharaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abadi | tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadi menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. keabadian keadaan abadi: ~ Ilahi. pengabadian perbuatan atau hal mengabadikan: Mengorbankan dirimu sendiri di jalan kebenaran ialah ibadah dan ~ yg sesungguhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |