Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khu.ra.fat] | خرافة

Definisi : Ar kepercayaan yg karut, dongeng, tahyul: kata-katanya itu banyak bidaah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khurafat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
khurafatAr kepercayaan yg karut, dongeng, tahyul: kata-katanya itu banyak bidaah dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjernihanproses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpenjaradikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat;Kamus Dewan Edisi Keempat
jernih1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjara1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, te­rongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksi­mumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengam­punan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya; memenjarai ki mengongkong, membeleng­gu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya; memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil; terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; pemenjaraan perihal (perbuatan) memen­jarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~; kepenjaraan perihal penjara.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas