lebat | 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perli | sindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya; memerli, memperli 1. menyindir, mengejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu; perlian ark perli, sindiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terik | 3 amat sangat (ttg panas matahari): Panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala. | Kamus Pelajar |
kencang I | 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pantas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. mempercepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll); kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghantu | 1 menjadi hantu atau spt hantu: Kian hari dia kian ~. 2 ki bertambah-tambah (menjadi-jadi) dan menimbulkan rasa takut; gelisah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghantu | 1. menjadi hantu atau spt hantu: Kian hari dia kian ~. 2. ki bertambah-tambah (menjadi-jadi) dan menimbulkan rasa takut; gelisah. | Kamus Pelajar |
tertidur | 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terik I | 1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikatan), erat, kuat, teguh; 2. sempit dan mencerut (seluar dll), ketat, sempit: seluar yg ~; 3. amat sangat (panas matahari): panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala; 4. ki sukar (pekerjaan), sulit; 5. Kl tidak kendur (tali dll), tegang, sering: tali itu diregang dgn ~; menerikkan 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kian | makin (bertambah): Kita hidup ~ hari ~ tua. sekian 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kian ke mari | ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |