kemas kini | 1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengemaskinikan | menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. | Kamus Pelajar |
mengemaskinikan | 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemas kini | 1. baru atau sedang berlaku; semasa. 2. memperlihatkan atau menampakkan pembaharuan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya adalah yg ~. mengemaskinikan menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. | Kamus Pelajar |
kini | sekarang ini; masa ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kini | sekarang ini; masa ini. | Kamus Pelajar |
kini | sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas kini | lengkap dgn (mengandungi, mempunyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~; mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemaskinikan | menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hingga | 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan menetapkan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |