Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ri] | کيري

Definisi : 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ri] | کيري

Definisi : bahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan: Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiri

Puisi
 

Kiri jalan kanan jalan,
     Batang pauh dibuat titi;
Kirim jangan pesan jangan,
     Biar sama berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Cubit paha kanan,
     paha kiri pun merasa juga.

Bermaksud :

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkiriterletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kidal1 kiri: tangan ~ tangan kiri. 2 selalu menggunakan tangan kiri ketika membuat sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kidal1. kiri; tangan ~ tangan kiri; 2. gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apa­bila membuat sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
kiri1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rusuk kanan (kiri)sebelah kanan (kiri);Kamus Dewan Edisi Keempat
sikap VIBr; ~ kiri selalu menggunakan tangan kiri, kidal.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebak(sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku).Kamus Dewan Edisi Keempat
geleng/géléng/, = gelengan gerakan kepala ke kiri dan ke kanan sbg tanda tidak mahu dll. bergeleng bergoyang ke kiri dan ke kanan (bkn kepala). menggeleng menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu, tidak bersetuju dsb: Kami ~ kehairanan. menggelengkan; ~ kepala menggoyangkan kepala ke kiri ke kanan kerana tidak mahu, kehairanan dll: Apabila disuruh minum, ia ~ kepalanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sayap kiria) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
sayap kanan (kiri)a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas