kidal | 1 kiri: tangan ~ tangan kiri. 2 selalu menggunakan tangan kiri ketika membuat sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kidal | 1. kiri; tangan ~ tangan kiri; 2. gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apabila membuat sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiri | 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalihkan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. menyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebak | (sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kidal | 1. kiri:tangan ~ tangan kiri. 2. selalu menggunakan tangan kiri ketika membuat sesuatu. | Kamus Pelajar |
depang | ; mendepang 1 (dlm keadaan) kedua-dua belah tangan terentang ke kanan dan ke kiri. 2 merentang atau menghalang dgn kedua-dua belah tangan direntangkan ke kanan dan ke kiri. mendepangkan; ~ tangan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri. terdepang terentang ke kanan dan ke kiri (bkn tangan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesong | (pésong) 1. belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah) haluan: kereta itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong; 2. ki mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara): apabila ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain; memesongkan 1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan: akar pokok yg menjalar dlm tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yg ada air; 2. ki mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dll): parti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yg cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya; terpesong menyimpang dr tujuannya (haluannya, sasarannya), menyeleweng: kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya; tiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain; pemesongan perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian, dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah; pemesong alat yg memesongkan: kanta ~ sinar matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersebak | 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memalingkan | 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayap | 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |