berpusing-pusing | 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kisar I | putaran (bumi dll) pd paksi atau sumbu putarannya; berkisar 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbincangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; berkisarkan berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; mengisar 1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya serta memperbaiki keris panjangnya; 4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain; 5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual; terkisar dikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~; kisaran putaran, pusingan; ~ angin pusingan angin; ~ biji mata putaran biji mata; perkisaran perihal berkisar, perputaran; ~ harga perubahan harga yg semakin tinggi; pengisaran 1. perihal (kerja, perbuatan, dsb) mengisar, pemutaran; 2. pemindahan, pengubahan, penggantian; pengisar 1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengisar (padi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kisar | ; berkisar 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. mengisar 1 menggiling padi (gandum dll) utk membuang kulitnya: Pd masa ini, orang dpt ~ padi dgn mesin. 2 menghancurkan (makanan); menghadamkan. mengisarkan 1 menjadikan berpusing (bkn roda dll); memutarkan. 2 memindahkan atau mengubah (mengalih) kedudukan sesuatu: ~ pandangan mengalih pandangan. kisaran gerakan berkisar; putaran; pusingan. perkisaran hal atau perbuatan berkisar. pengisaran hal (perbuatan, kerja dsb) mengisar. pengisar 1 alat utk mengisar (kopi, gandum dll). 2 orang yg mengisar (padi, gandum dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kisar II | ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek), bunga kembang lohor, Abutilon indicum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kisar | berkisar 1. berpusing (spt putaran roda dll); berputar. 2. beralih tempat duduk; berpindah: <i>Dia tidak ~ dr tempat duduknya.i> 3. ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: <i>Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran.i> mengisar 1. menggiling padi (gandum dll) utk membuang kulitnya:<i>Pd masa ini orang dpt ~ padi dgn mesin.i> 2. menghancurkan (makanan); menghadamkan. mengisarkan 1. menjadikan berpusing (bkn roda dll); memutarkan. 2. memindahkan atau mengubah (mengalih) kedudukan sesuatu: <i>~ pandangani> mengalih pandangan. kisaran gerakan berkisar; putaran; pusingan. perkisaran hal atau perbuatan berkisar. pengisaran hal (perbuatan, kerja dsb) mengisar. pengisar 1. alat utk mengisar (kopi, gandum dll). 2. orang yg mengisar (padi, gandum dll). | Kamus Pelajar |
batu kisar | batu yg digunakan utk mengisar gandum dll utk dijadikan tepung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunga kisar | sj tumbuhan (pokok renek), bunga kembang lohor, Abutilon indicum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilangin | kisar (utk mengisar gandum dll) yg digerakkan oleh angin; kincir angin. | Kamus Pelajar |
hamburger | daging kisar berperasa rempah dan berbentuk bulat leper yg biasanya digoreng dan dimakan dgn roti, sos dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geraham | gigi kisar yg bulat atau rata permukaannya yg terletak di belakang gigi kacip dan gigi taring; ~ besar geraham yg terletak di belakang sekali; ~ bongsu geraham yg tumbuh akhir sekali; ~ kecil geraham yg di depan geraham besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |