Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kitaran semula; sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah; 4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; mengitarkan menjadikan berkitar, memu­tarkan, mengisarkan: ~ enjin; terkitar-kitar berputar-putar, berpusing­-pusing; kitaran gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan; pengitaran pemutaran, pemusingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Mn; mengitarkan, memperkitar­kan menolakkan (menyorongkan) ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Tr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kitar komputer(computer cycle)Kitar untuk melaksanakan suruhan komputer yang terdiri daripada kitar ambil dan kitar laku.Kamus Komputer
kitar kawalan(control cycle)Kitar dalam penggunaan mesin kad tebuk. Dalam kitar ini penyuapan kad dihentikan untuk menukarkan kawalan.Kamus Komputer
kriterion kitar(cycle criterion)1. Jumlah bilangan kitar yang perlu diulang. 2. Daftar yang mengandungi jumlah bilangan kitar yang perlu diulang.Kamus Komputer
indeks kitar(cycle index)1. Pemboleh ubah yang memegang nilai bilangan kitar yang telah dilaksanakan. 2. Nilai perbezaan di antara bilangan kitar yang telah dilaksanakan dengan bilangan yang perlu dilaksanakan.Kamus Komputer
kitar semulakaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kitar; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kitar IIITr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
kitar IIMn; mengitarkan, memperkitar­kan menolakkan (menyorongkan) ke tepi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kitar semulakitaran semula;Kamus Dewan Edisi Keempat
kitar suruhan(instruction cycle)Jujukan bagi melaksanakan suruhan yang terdiri daripada pengambilan suruhan daripada storan, pentafsiran suruhan, dan pelaksanaannya.Kamus Komputer
1234567

Kembali ke atas