hipotaksis | (Lin) penggabungan klausa dgn klausa atau ayat dgn ayat dgn menggunakan kata hubung, mis adik menangis kerana bajunya kotor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
klausa | ayat kecil yg mempunyai subjek dan predikatnya sendiri dan menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; anak ayat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
klausa lajur(column clause) | Kenyataan lajur kad atau kedudukan aksara. | Kamus Komputer |
klausa kelas(class clause) | Kenyataan dalam bahasa pengaturcaraan bagi menyatakan kelas objek yang digunakan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
klausa | ayat kecil yg mempunyai subjek dan predikatnya sendiri dan menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; anak ayat. | Kamus Pelajar |
asindeton | (asindéton) (Lin) deretan kata (frasa, klausa, ayat) yg tidak menggunakan kata hubung, mis saya datang, saya melihat, saya menang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
frasa | kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anafora | (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak ayat | ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayat | 1 suatu bentuk bahasa yg terjadi dgn adanya sekumpulan kata yg saling berhubung dan terdiri drpd subjek dan predikat; kalimat: ~ ini terlalu panjang. ~ induk klausa yg dpt berdiri sendiri sbg ayat. 2 beberapa kumpulan kata yg merupakan bahagian kecil drpd sesuatu bahagian yg lebih besar (spt yg terdapat dlm Quran): ~ al-kursi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |