Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kocak II 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kocak II1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kela­kar, lucu; berkocak-kocak bergurau senda, berjenaka, berkelakar; mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok.Kamus Dewan Edisi Keempat
kocak I1. = kocakan goncangan (air), gerakan kencang (air atau benda cair); 2. ki gelora, pergolakan: kpd ibunya ia menumpahkan segala pendaman jiwa dan ~ hatinya; berkocak 1. bergoncang (bkn air dlm bekas dll), bergelombang (bkn laut), berpalu, memukul (ombak pd batu): gelas itu dihentak-hentaknya beberapa kali dan air di dalamnya ~; desir angin yg lembut menyegarkan, dan riak ~ melanda pantai; 2. bergelora, bergolak (bkn perasaan hati dll), berdebar­debar, gelisah, rusuh: hatinya tidak ~ sedikit pun menerima hukuman itu; nafsunya makin menyala, darah mudanya ~; 3. men­jadi pudar atau tidak bercahaya (bkn mata), kusam atau kuyu (bkn mata): matanya ~; 4. Kl bergoyang, bergegar; ~ tanda tak penuh prb orang yg suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek); mengocak, mengocakkan 1. menggon­cang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya; 2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll); terkocak 1. tergoncang, tergerak: masukkan bahan kimia itu ke dlm air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu; 2. menjadi tidak tenang (fikiran dll), menjadi kacau; ~ hati gelisah, tidak tenang hati (fikiran); badan ~ Mn sangat kurus; kocakan kocak: sekali-sekala kesepian itu diganggu oleh ~ air bendang akibat haruan menyambar anak; pengocakan perihal atau perbuatan me­ngocak: ~ itu akan menghasilkan arus pusar yg dgn cepat menyebabkan pelarutan; kelocak II.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas