kocok | ; mengocok 1 mecampuradukkan (mengaduk) kad atau daun terup. 2 mengoncang-goncangkan sesuatu (botol dll) supaya isinya berbaur rata: Ubat ini hendaklah dikocok dahulu sebelum diminum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kocok | ; mengocok 1. mengocak (menggoncang-goncangkan) botol (yg berisi air, ubat, dll); ~ telur memukul telur; 2. membancuh (mencampur, mengaduk) kad atau daun pakau; 3. ki mencampuradukkan, memperkacau: jangan dikocok tanggungjawab jawatan dgn kepentingan sendiri; 4. bp mengapi-apikan (menghasut, mencucuk) supaya berkelahi (bertengkar dsb): kalau tidak dikocok tentu tidak timbul perselisihan ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kocok | mengocok 1. mencampuradukkan (mengaduk) kad atau daun terup. 2. menggoncang-goncangkan sesuatu (spt botol dll) supaya isinya berbaur rata:Ubat ini hendaklah dikocok dahulu sebelum diminum. | Kamus Pelajar |
punai kocok | sj burung punai, Treron vernans griseicapina; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punai I | 1. sj burung spt merpati (kecil sedikit dan hijau); 2. bp kemaluan lelaki; ~ bakau sj burung punai, Treron f. fulvicollis; ~ berkok lengguak = ~ lengguak sj burung punai, Butretron capellei magnirostris; ~ bukit sj burung punai, Sphenurus robinsini; ~ daun = ~ ara = ~ kericau sj burung punai, Treron c. curvirostra; ~ gading = ~ jambu sj burung punai, Ptilinopus jambu; ~ gunung sj burung punai, Sphnurus s. seimundi; ~ kocok sj burung punai, Treron vernans griseicapina; ~ lembu terkukur api, Macropygia ruficeps malayana; ~ siul sj burung punai, Treron o. olax; ~ tanah = ~ dekut sj burung punai, Chalcophaps i. indica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |