Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kod I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kod1 = tulisan ~ tulisan, tanda dll yg mempunyai erti yg tersembunyi atau yg khusus, atau sbg singkatan. 2 sistem yg menggunakan simbol-simbol utk menyampaikan sesuatu maklumat atau arahan. ~ warna kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kod peranti(device code)1. Kod pengenalan bagi peranti dalam rangkaian komputer. 2. Kod pengenalan yang diberikan kepada peranti untuk memudahkan tugas perakaman dalam pangkalan data.Kamus Komputer
kod ralat(error code)1. Kod suruhan atur cara yang tersilap dikodkan oleh pengatur cara. 2. Kod yang berkaitan dengan ralat tertentu.Kamus Komputer
kod mesin(machine code)1. Kod pengendalian yang direka bentuk untuk dikenali dan boleh dilaksanakan oleh komputer. 2. Nombor mutlak, nama, atau lambang yang diberikan kepada mana-mana bahagian mesin tertentu.Kamus Komputer
kod pesanan(order code)1. Nama lain untuk kod pengendalian atau kod perintah sistem. 2. Kod unik yang digunakan untuk mewakili pesanan dalam pangkalan data bagi urus niaga tertentu.Kamus Komputer
kunci(lock)1. Kod atau maklumat yang digunakan untuk menentukan kedudukan rekod atau butiran dalam suatu isihan atau untuk mencari rekod dalam pencarian. 2. Peranti atau mekanisme yang digunakan untuk mengawal penggunaan perkakasan atau perisian komputer daripada diceroboh atau digunakan secara eksklusif. 3. Peranti atau mekanisme yang digunakan untuk melindungi cakera atau pita daripada diubah atau dipadamkan.Kamus Komputer
kod I1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersem­bunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol­-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg ber­lainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) me­ngekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kata kod(code word)1. Kumpulan kata bit yang digunakan untuk memegang kod. 2. Perkataan yang digunakan sebagai kod untuk memasuki sistem yang mempunyai ciri keselamatan.Kamus Komputer
aras kod(code level)1. Jumlah bit yang digunakan untuk mewakili aksara. 2. Tahap bagi kod yang digunakan dalam sistem keselamatan. 3. Asas penyemakan diagnosis yang dilakukan pada peringkat pengekodan atur cara dengan menyemak kod yang telah siap dibentuk.Kamus Komputer
mengekodkan1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas