kolam air | lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasakkan | 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangki I | tempat menyimpan minyak (air dll), kolam air, teng; kapal ~ kapal utk mengangkut minyak (tanah); ~ najis tangki septik; ~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dsb (biasanya di bawah tanah) yg dapat diuraikan melalui tindakan bakteria. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
opal | sj batu permata yg terdapat dlm pelbagai warna atau tanpa warna, sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dlm batu igneus atau kawasan kolam air panas, baiduri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baiduri | sj batu permata yg terdapat dlm pelbagai warna atau tanpa warna, sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dlm batu igneus atau kawasan kolam air panas, opal; ~ bulan baiduri yg agak gelap warnanya; ~ pandan baiduri yg hijau warnanya; ~ sepah baiduri yg mempunyai ukiran akar atau kayu; ~ Yaman baiduri yg kuning warnanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerjun | 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjun | 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi mengkaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengempang | 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renang I | ; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang (sukan); berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, menembak, ~;~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang dgn badan yg menelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat sesuatu pekerjaan yg sia-sia; berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu; merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan; merenangkan membawa berenang, membiarkan berenang: Benderang dititahkan baginda ~ rantai terlalu besar, maka direnangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu; renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg cetek itu; perenang ahli sukan renang, ahli renang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renang | ; kolam ~ kolam tempat berenang. acara (sukan dll) ~ acara (sukan dll) perlumbaan berenang. berenang 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. merenangi berenang di atau ke: ~ laut lepas. merenangkan membawa atau membiarkan berenang: Beliau telah berjaya ~ budak yg hampir lemas itu ke tebing. perenang orang yg pandai berenang; ahli pasukan renang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |