komen | (komén) 1. teguran, kritikan, atau pemerhatian utk menyatakan pendapat, pandangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komen | /komén/ pendapat atau buah fikiran yg diberikan mengenai sesuatu hal. mengomen memberikan komen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komen | /komén/ pendapat atau buah fikiran yg diberikan mengenai sesuatu hal. | Kamus Pelajar |
komentar | (koméntar) IB komen, huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara dll): tidak habis-habis orang memberi ~ mengenai rang undang-undang yg akan dikemukakan itu; mengomentar 1. membuat komentar (komen), mengulas; 2. = mengomentari mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas: beliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengomen | memberikan komen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengomen | membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengomentar | 1. membuat komentar (komen), mengulas; 2. = mengomentari mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas: beliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anotasi | nota atau catatan (sbg penerangan, komen dsb) yg ditambahkan pd teks penulisan sastera atau bahan bertulis yg lain. beranotasi mempunyai atau ada anotasi: teks yg ~. menganotasi membuat anotasi pd teks: Teks yg dibacanya itu dianotasi supaya lebih mudah difahami. penganotasian perihal atau perbuatan menganotasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengomen | orang yg suka dan selalu membuat komen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
epilog | (épilog) 1. bahagian akhir sesebuah karya atau drama yg memberi komen atau ringkasan tentang karya yg berkenaan; 2. ucapan ringkas atau puisi yg diungkapkan oleh seseorang pelakon kpd penonton pd penghujung sesebuah persembahan drama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |